REIKI MALAYSIA 
Pusat Perlatihan Reiki Termurah & Termudah 
KURSUS MASTER KUNDALINI REIKI
 


KUNDALINI REIKI
Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
 
Kundalini  Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
 


Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement. 
 
Kundalini Reiki 2009 adalah Kundalini Reiki versi terbaru yang telah di upgrade dan diperbaharui dengan mempunyai hanya 3 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master). Versi Kundalini Reiki yang lama / yang sebelum ini mempunyai 9 level iaitu tambahan 6 level selepas level 3 yang dipanggil sebagai booster yang perlu diambil attunement secara berasingan dan berperingkat-peringkat (jarak masa 5 hari setiap peringkat). Tetapi Kundalini Reiki yang terbaru kali ini telah singkatkan menjadi 3 level secara keseluruhannya dimana 6 level booster sebelum ini telah dimasukkan kedalam level 3. Malahan buku manual juga terdapat penambahan teknik yang diajar.
 
 
MODULE PEMBELAJARAN & TEKNIK MASTER KUNDALINI REIKI
 

KUNDALINI REIKI LEVEL 1 ( KR1 )
Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1)  kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.
 
KUNDALINI REIKI LEVEL 2 ( KR2 )
Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3.
 
HEALING (PENYEMBUHAN)
Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan rawatan penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.
 
CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF )
Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimanfaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman atau tempat dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.
 
HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)  
Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran, majikan dll.
 
SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI)
Untuk  menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putus asa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri, kesedihan, kemarahan,  dan sebagainya.
 
KUNDALINI REIKI MEDITATION (MEDITASI KUNDALINI REIKI)  
Anda akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.
 
 
 
 
Persatuan Reiki malaysia Kelab Reiki Malaysia


KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (KR3 - MASTER)  
Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!!
 
Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan untuk menggunakan program dibawah:
 
DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN)
Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi.
 
CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL)
Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh, kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.
 
DNA REIKI (REIKI DNA) 
Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll.
 
BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN)
Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini
 
LOCATION REIKI (REIKI LOKASI)
Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan Carmic Band antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.
 
BALANCE REIKI (PENYEIMBANGAN REIKI)
Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh .
 
TEKNIK MEMBERI  ATTUNEMENT KEPADA ORANG LAIN
Sebagai seorang Master, anda mempunyai hak dan diajar kaedah untuk memberi attunement kepada orang lain
 

MODULE TAMBAHAN


 
REIKI UNTUK PELBAGAI HAJAT:
  • Penarik Cinta dan Pengasihan
  • Rezeki dan Kekayaan
  • Meningkatkan Karisma Diri
  • Pemagaran Ghaib
  • Peminjam Membayar Hutang
  • Mengaktifkan Panca Ke-Enam
  • Pelbagai hajat, Matlamat dan Masalah
 

YURAN PERLATIHAN MASTER KUNDALINI REIKI


Reiki merupakan suatu keilmuan yang sangat dirahsiakan. Reiki mula menyebar setelah diajarkan di Hawai, Amerika Syarikat. Ini kerana orang-orang barat beranggapan sesuatu yang bagus haruslah disebarluaskan. Pada mulanya penyebaran Reiki bermula agak perlahan disebabkan faktor pembiayaan yang sangat besar. Yuran untuk mempelajari Reiki level 1 adalah US$200.00 , untuk tingkat kedua adalah US$600.00  dan untuk tingkat Master adalah US$10,000.00 !!....

Di masa kini, kita amat beruntung kerana sudah ramai Master Reiki yang walaupun telah mengeluarkan biaya yang besar namun mahu mengajar Reiki dengan bayaran yang lebih rendah dengan tujuan agar Reiki dapat disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan umat manusia.

 
TERMURAH DI MALAYSIA!!
Percayalah, anda tidak akan mendapat yuran yang semurah sebegini, di Malaysia, rata-rata pihak yang menganjurkan kursus sebegini akan mengenakan yuran dari RM4000 hingga RM10,000untuk peringkat Master.  Dan jangan terkejut jika ditempat lain, walaupun setelah anda mendapat gelaran Reiki Master, anda masih tidak dapat hak untuk memberi attunement kepada orang lain. Untuk tujuan itu, anda harus menambah wang lagi!!...
 
 
Oleh itu pihak kami menawarkan kursus yang sama tetapi pada harga yang lebih  rendah agar mampu dipelajari oleh segenap golongan masyarakat.
 
 
 
"KALAU ADA YANG MUDAH,
 KENAPA AMBIL YANG SUSAH"
"KALAU ADA YANG CEPAT,
 KENAPA AMBIL YANG LAMBAT"
"KALAU ADA YANG MURAH,
KENAPA AMBIL YANG MAHAL"
 
  
WORKSHOP PERSONAL COACHING REIKI
KURSUS MASTER KUNDALINI REIKI

YURAN KAMI:  RM900 / RM1500 / RM2000 / RM3500

ANDA AKAN DAPAT:

Attunement Kundalini Reiki Level 1 - level 3 (Master)
Manual Master Kundalini Reiki
Anda boleh Beri Attunement / Ijazah Kpd Orang Lain
Sijil Master Kundalini Reiki

BONUS 1- CD MP3 Muzik Meditasi
BONUS 2- CDROM Diktat Paranormal & Ilmu Hikmah
BONUS EKSKLUSIF - Master Gold Reiki (level 1 - 3) 


 
---------------------------------------------------------------------------------
 
 
KURSUS HADIR DIRI 2011
 
Tarikh    : SETIAP HARI
Masa     : 8.30mlm - 12.30mlm
Tempat  : Pandan Indah 
 
Masa Kursus: 1 Hari (atau beberapa jam bergantung kepada jumlah pelajar)
 
 
KURSUS JARAK JAUH
 
Sila Bank-in yuran ke akaun Maybank. Kemudian sms atau emailkan butiran :
  • Nama penuh
  • NOKP
  • Alamat Lengkap
  • No Tel
  • Emel
  • Jumlah pembayaran, masa, tempat
  • Tujuan pembayaran
Setelah pengesahan penerimaan pembayaran, Keesokannya kami akan hantarkan 1)manual lengkap, 2)sijil, 3)Bonus dengan Pos Express / Kurier. Setelah terima manual, sila tel atau sms kami untuk menetapkan tarikh dan masa untuk anda terima attunement pula. Master akan memberi attunement secara jarak jauh. Cukup senang dan mudah difahami.
 
 
KURSUS HADIR DIRI
 ***   Ambil perhatian, untuk sesi hadir diri, kelas tidak dijalankan secara formal atau di hotel-hotel besar, sebab itu yuran kami lebih rendah dari yang lain kerana tidak perlu membayar kos sewa hotel / tempat yang mahal. Sesi attunement akan dibuat di padang rekreasi di Pandan Indah, sila rujuk Peta Lokasi. Sila buat temujanji awal terlebih dahulu.
 

 
Pusat Perlatihan Reiki Termurah & Termudah APA ITU REIKI? Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.